Pages

Senin, 23 Mei 2011

Istri-istri Rasulullah SAW.

Nabi Muhammad SAW. menikah dengan 13 orang perempuan. Sebelas daripadanya pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama.
  1. Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah r.a.
  2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a.
  3. Aisyah bt. Abu Bakar r.a.
  4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a.
  5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a.
  6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi Sufian r.a.
  7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
  8. Safiyah bt. Huyay
  9. Zainab bt. Jansyin
  10. Raihanah bt. Zaid bin Amrin
  11. Maimunah bt. Al-Harith
  12. Zainab bt. Khuzaimah
  13. Maria al-Qibtiyyah (Maria si Qibti)
Ini adalah kuburan dari istri-istri nabi Muhammad SAW.
Di bawah ini akan dibahas tentang Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah r.a. dan Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a.

Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah r.a.
 Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun yaitu 15 tahun sebelum bithah dan 10 tahun selepasnya yaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun. Beliau merupakan istri nabi muhammad saw yang tidak pernah dimadukan karena kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya. Mas kawin daripada nabi Muhammad saw sebanyak 20 bakrah dan upacara perkahwinan diadakan oleh ayahnya Khuwailid. Riwayat lain menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.

Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a. Nabi Muhammad saw menikah dengan Saudah setelah wafatnya Khadijah 3 tahun. Saudah adalah seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr. Saudah dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka Nabi Muhammad saw telah mengambilnya menjadi istri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya.
Acara pernikahan dilakukan oleh Salit bin Amr. Riwayat lain menyatakan upacara dilakukan oleh Abu Hatib bin Amr. Mas kawinnya ialah 400 dirham.Selain itu,beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan gurauannya. Contohnya pada suatu hari, Saudah mengatakan kepada suaminya yaitu semasa beliau sedang sujud, beliau tidak dapat menahan sakit karena hidungnya selalu tertekan kuat di atas lantai yang ketika itu Rasulullah sedang sujud dengan begitu lama. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan sedikit hidungnya semasa sujud.

Subhanallah ..
Insya Allah akan dilanjutkan :)

0 komentar:

Posting Komentar